PUTARKAN LAGU SAYA

Anda seorang penulis lagu atau komposer? Ingin siarkan lagu anda di Radio Online PENJALA™? Kami menawarkan platform bagi memperkenalkan lagu anda ke perseda dunia. Semua lagu akan dimainkan tanpa henti-henti, 24 jam dan 7 hari.

Hantarkan lagu anda kepada kami sekarang melalui email request@penjala.net

Terma & Syarat

  1. Anda harus memberikan kebenaran kepada Radio Online PENJALA™ untuk memainkan, menyiarkan dan memprodusikan lagu anda
  2. Tidak akan meminta sebarang tuntutan royaliti atau kos
  3. Tidak akan mengambil sebarang tindakan atas mana-mana pelanggaran perlesenan/hakcipta dan sebagainya
  4. Permohonan putarkan dan akujanji hendaklah diemail kepada request@penjala.net

Emailkan:

  • Informasi lagu (yang berkenaan sahaja)

Tajuk Lagu:
Penulis Lirik:
Melodi:
Produser Eksekutif:
Produser:
Penggubah Muzik:
Vokal:
Keyboard/Synth:
Bass:
Gitar Elektrik:
Dram:
Adunan Muzik:
Mastering:
Ilustrasi:
Video:

  • Fail MP3 sekurang 128kbps bitrate
  • Lirik lagu
  • Kenyataan AKUJANJI (Salin dan sertakan ke dalam email)

AKUJANJI PENYIARAN LAGU MELALUI SALURAN
RADIO ONLINE PENJALA™

Perjanjian aku janji ini adalah antara

PIHAK RADIO ONLINE PENJALA™

NAMA: RADIO ONLINE PENJALA™

DAN

PENCIPTA LAGU / PENYANYI LAGU

NAMA:

Dengan ini saya…………………………….. penulis lagu / penyanyi lagu ………………………………….. bersetuju memberi kebenaran kepada Radio Online PENJALA™ untuk menyiarkan lagu ciptaan saya / lagu nyanyian saya. Saya juga bersetuju dengan sebarang penjadualan yang dirancang untuk menyiarkan lagu ciptaan saya / lagu nyanyian saya.

  • Saya berjanji tidak akan meminta sebarang tuntutan royalti atau kos daripada pihak Radio Online PENJALA™ apabila lagu ciptaan saya / lagu nyanyian saya disiarkan kelak.
  • Saya / kami juga berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak Radio Online PENJALA™ jika timbul isu berkaitan perlesenan atau hak cipta dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan lagu yang saya cipta / lagu yang saya nyanyikan.
  • Selain itu, Saya / kami tidak akan menuntut pertanggungjawaban daripada pihak Radio Online PENJALA™ jika timbul sebarang masalah berkaitan hak cipta atau masalah lain berkaitan hal hak cipta semasa atau selepas lagu saya / lagu nyanyian saya disiarkan oleh Radio Online PENJALA™.

Saya / kami………………………………………………… mengaku dan bersetuju dengan semua perkara yang disebutkan di atas. Saya / kami juga akan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap perjanjian AKUJANJI INI.

Revd Jachin Lau

Tinggalkan Balasan