TADAU MAINO | MALAYSIAN WORSHIP COLLECTIVE

Radio Online PENJALA™ mengucapkan syabas dan tahniah kepada Christy Benedict kerana berjaya menghasilkan sebuah lagu tempatan melalui Kursus Penulis Lagu baru-baru ini. Layari pautan ini untuk mendengar lagu tersebut: Tadau Maino | Malaysian Worship Collective – YouTube

TADAU MAINO | Malaysian Worship Collective
Lirik: Elizabeth Lasim & Christy Benedict
Melodi: Christy Benedict & Juliyanah Apau
Produser Eksekutif: Gina Yap Lai Yoong
Produser: Phoebe Tsen
Penggubah Muzik: Hezron Diman
Vokal: Silvaranno Kuinzu
Keyboard/Synth: Jayasamry Jaissen Buntang
Bass: Hezron Diman
Gitar Elektrik: Sabastian Kubar
Dram: Raymond Voo
Adunan Muzik: Hezron Diman & Phoebe Tsen
Mastering: Nick Lee
Ilustrasi: Krystal Ng
Video Lirik: Gina Yap Lai Yoong

℗&© 2021 Four Forty Records
Performed by the Malaysian Worship Collective

Mengenai Penulis/Penggubah Lagu
Elizabeth Lasim dilahirkan pada 15 Februari 1954 di Telupid, Sabah. Beliau memulakan pendidikan di Native Voluntary School (NVS), Telupid dan melanjutkan pelajaran di Government Primary School (GPS), Telupid. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan lima orang anak. Beliau pernah bekerja di SMK Telupid sebagai tukang masak. Beliau juga pernah terlibat dalam pelayanan penterjemahan Alkitab bahasa Kadazan Labuk dan pelayanan gereja yang lain.

Christy Benedict dilahirkan pada 30 Mei 1977 di Telupid, Sabah. Anak ketiga dari lima orang adik-beradik, beliau mendapat pendidikan di Tadika Telupid, SK. Pekan Telupid dan seterusnya di SMK Telupid. Beliau beribadah di Gereja Anglikan St. David, Telupid. Sejak remaja lagi, beliau aktif dalam aktiviti dan pelayanan gereja. Kini, beliau melayani dalam Pelayanan Multimedia (bahagian skrip & berita) dan Pelayanan Kelompok Sel.

Untuk maklumat lanjut tentang lagu ini, layari MalaysianWorship | Komuniti Digital (komuniti-digital.com)

JIka anda berminat untuk menggunakan lagu ini untuk pelayanan anda, sila emel kami di worship@fourfortyrecords.com

Mengenai Malaysian Worship Collective
Untuk sekian lama, Tuhan telah memberikan lagu-lagu pujian dan penyembahan kepada Malaysia — lagu-lagu dalam bahasa ibunda kami; lagu-lagu yang diurapi oleh Roh Kudus. Namun begitu, setakat ini, terlalu sedikit lagu-lagu ini dikongsi di luar gereja masing-masing dan tidak mencapai gereja Malaysia secara menyeluruh.

Pada tahun 2018, hati kami membara dengan panggilan Tuhan untuk mengumpulkan para pemimpin pujian, penulis dan penggubah lagu, pemuzik dan pendoa syafaat dari latar belakang denominasi Kristian yang berlainan untuk mengangkat suara dan irama Malaysia dalam penyembahan di alam rohani.

Pelayanan kami termasuk produksi lagu, kursus penulisan lagu, bengkel pujian dan penyembahan, penyediaan sumber berkaitan penyembahan, dan pimpinan pujian dan penyembahan. Ikuti kami di halaman Facebook (www.facebook.com/MYWorshipCollective) untuk perkembangan lanjut!

PENJALA FM
Author: PENJALA FM

Tinggalkan Balasan